Kehidupan hari ini menjadi semakin sukar dan mencengkam sehingga susah untuk
kita mencari ketenangan..
Panduan mengatasi:
1. Berjalanlah untuk 20 minit di kawasan tenang, bersih, sambil menghirup
udara segar dan sambil tersenyum menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.
2. Tidur yang cukup, sebaiknya tidur dalam lingkungan pukul 10-11 malam
dan bangun pada pukul 5-6 pagi. Tidur sebanyak 6-7 jam sudah mencukupi dan
sebaiknya membaca doa-doa sebelum melelapkan mata.
3. Selalulah mengunjungi majlis-majlis ilmu sama ada di masjid, surau,
atau perkumpulan usrah. Di situ pasti mendapat ketenangan disamping ilmu.
4. Lakukan hobi yang menceriakan seperti berkebun, memasak, menyulam,
menulis blog, mengarang artikel atau novel, dan berbagai kegemaran yang
bermanafaat.
5. Selalu mencari info-info baru dan mempelajari ilmu baru yang lebih
menarik!
6. Luangkan lebih masa bersama anak-anak seperti membaca bersama kerana
pengalaman bersama mereka selalunya indah dan menenangkan…
7. Jangan cepat berputus-asa.
8. Cuba
menggembirakan orang yang disayangi disekeliling kita terutama keluarga.
9. Berazamlah untuk melakukan sesuatu yang baik, dan cuba
bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya.
10. Lupakan kepahitan masa lalu, tetapi tidak kesilapan, kerana pelajaran
yang paling berkesan adalah dari kesilapan silam.
11. Akui kesilapan sendiri namun JANGAN KECEWA melampau!
12. Buangkan perasaan persaingan yang melampau, dan cuba
bersyukur dengan kebolehan serta bakat yang anda punyai.
13. Biasakan untuk memaafkan, walaupun kepada musuh.
14. JANGAN BUANG MASA mengkritik dan BERSEMBANG KOSONG.
15. Jangan terlalu memikirkan KRITIKAN ORANG, asalkan kita tahu kebenaran.
16. Ingat! Keadaan boleh berubah bila-bila masa, jadi sentiasa bersedia dan
redha.
17. Berkawanlah dengan orang-orang yang baik, berilmu, bersopan, dan
berjaya, InsyaAllah beroleh keberkatan dan kekuatan…
18. Jangan buang masa CEMBURU pada kelebihan orang lain kerana apa yang
kita ada, adalah yang terbaik! (Allah yang maha mengetahui dan maha memberi)
19. JANGAN MALAS atau TAMAK, kuatkan semangat untuk bekerja dan yakinlah
pada bakat dan kekuatan diri.
20. Jangan menyumpah, tapi selalulah bersyukur…
21. Amalkan sedekah dalam apa juga yang kita mampu, tenaga, masa, dan
harta.
22. Ingat, apa-apa yang kita perolehi bukan hasil usaha sendiri tetapi atas
keperitan orang lain adalah tidak bernilai.
23. Lakukan semua kebaikan kerana Allah, Usaha tanpa tawakkal adalah
sombong, Tawakkal tanpa usaha, adalah angan-angan kosong!
No comments:
Post a Comment