Welcome to Training and Coaching Blog

I have choosen some articles from various places with the name of its author intact. The information given in each write-ups are found to be very helpful in my line of training and as a training provider. I sincerely hope, they would be of help to all of this blog visitors as well. Your kind comment is much appreciated and thank you so much for visiting... happy reading! :)
Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Jiwa Damai

  JiwaDamai (inner peace) dan tenang terlalu penting dalam hidup. Ianya suatu yang didambakan oleh setiap orang tetapi terlalu sukar untuk dikecapi. Namun kita BOLEH membina jiwadamai... sesetengah dari kita lebih mudah dan sesetengah lagi agak payah.

Apa yang kita faham tentang jiwadamai? Ia adalah pengawalan dan disiplin diri serta kebolehan menepis gangguan luar seperti emosi, reaksi, dan tindakbalas. Ia membolehkan akal bertindak mengasingkan dunia luar agar tidak mempengaruhi dunia dalaman kita. Bayangkan selama ini, berapa kali kita dilanyak emosi, hilang sabar, marah, dan dendam? Dan berapi kali pula kita menyesal atas tindakan dan pertimbangan kita?

Pernah tak kita menjerit kepada anak-anak, suami atau isteri, rakan sekerja, atau pekerja bawahan kita? Pernah tak rasa geram kepada mereka? Suka tak kita berada di dalam situasi begini? Kenapa kita biarkan tekanan kerja, suratkhabar yang kita baca, tabloid, dan politik, mengganggu perasaan dan fikiran? Adakah obsessi dunia luar terlalu kuat sehingga kita gagal memilih apa yang kita lebih suka. Sekiranya ini berlaku, terbukti jelas kita sudah jauh dari jiwadamai...

Tanpa jiwadamai, perasaan mula memberontak, tak dapat mengawal emosi, kurang pertimbangan, banyak membazir masa dengan memikirlan solusi yang bukan-bukan. Jadi apakah ubatnya?

Bila bangun dari tidur di waktu pagi, elakkan dari memikirkan tentang bebanan dan kesukaran kerja yang menanti, sebaliknya SENYUM dan katakan pada diri "Alhamdulillah, aku diberi peluang sehari lagi insyaAllah, hari ini adalah hari yang lebih baik dan lebih indah.." Katakan juga "Allah tidak menilai hasil tetapi usaha..."dan katakan lagi "aku akan melakukan yang terbaik!", sisipkan dalam fikiran dan mainkan berulang-ulang kali.

Bermula detik bangun tidur sampai ke waktu masuk tidur semula kekalkan wawasan ini didalam hati. Ini tidak bermaksud kita harus menjadi tidak sensitif kepada persekitaran, tetapi kita hanya meletakkan sempadan agar gangguan dunia luar tidak menawan dunia dalaman.

Bila seseorang memberitahu sesuatu yang anda tak suka dengar, elakkan dari berkecil hati, marah, cuba kawal perasaan dengan menangguhkan reaksi anda. Ini bukan pula bermakna menyimpan dendam kesumat, atau membiarkan perasaan marah menggelegak  di dalam (kerana itu juga tidak baik), tetapi cuba melihat dengan perspektif yang lebih luas. Penting sangatkah apa yang dikhabarkan itu? Mengapa perkataan itu sangat mengganggu perasaan? Mungkinkah ada kebenaran? Mungkin juga ada baiknya kalau disimpan dulu jawapan, marah, dan dendam supaya boleh diolah kemudian menjadi kritikan yang membina sahsiah insan!

Ingatlah, setiap lembah yang dituruni, akan ada pendakian kembali, yang akan ada jalan keluar yang pasti! Setiap kejatuhan tentu ada kebangkitan! Seperti malam disusuri siang..  Ketetapan alam adalah lumrah kehidupan. Dengan memahami konsep ini, ianya mungkin boleh membantu menghidupkan jiwadamai..

Kebolehan mengenalpasti dugaan dan cubaan dari Tuhan semesta alam adalah kunci kehidupan dan kesyukuran.. dan akhirnya menumbuh cambahkan jiwadamai.

Friday, February 17, 2012

Mencari Ketenangan


Kehidupan hari ini menjadi semakin sukar dan mencengkam sehingga susah untuk kita mencari ketenangan..

Panduan mengatasi:

1.      Berjalanlah untuk 20 minit di kawasan tenang, bersih, sambil menghirup udara segar dan sambil tersenyum menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.

2.      Tidur yang cukup, sebaiknya tidur dalam lingkungan pukul 10-11 malam dan bangun pada pukul 5-6 pagi. Tidur sebanyak 6-7 jam sudah mencukupi dan sebaiknya membaca doa-doa sebelum melelapkan mata.

3.      Selalulah mengunjungi majlis-majlis ilmu sama ada di masjid, surau, atau perkumpulan usrah. Di situ pasti mendapat ketenangan disamping ilmu.

4.      Lakukan hobi yang menceriakan seperti berkebun, memasak, menyulam, menulis blog, mengarang artikel atau novel, dan berbagai kegemaran yang bermanafaat.

5.      Selalu mencari info-info baru dan mempelajari ilmu baru yang lebih menarik!

6.      Luangkan lebih masa bersama anak-anak seperti membaca bersama kerana pengalaman bersama mereka selalunya indah dan menenangkan…

7.      Jangan cepat berputus-asa.
8.      Cuba menggembirakan orang yang disayangi disekeliling kita terutama keluarga.

9.      Berazamlah untuk melakukan sesuatu yang baik, dan cuba bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya.
10.  Lupakan kepahitan masa lalu, tetapi tidak kesilapan, kerana pelajaran yang paling berkesan adalah dari kesilapan silam.
11.  Akui kesilapan sendiri namun JANGAN KECEWA melampau!
12.  Buangkan perasaan persaingan yang melampau, dan cuba bersyukur dengan kebolehan serta bakat yang anda punyai.
13.  Biasakan untuk memaafkan, walaupun kepada musuh.
14.  JANGAN BUANG MASA mengkritik dan BERSEMBANG KOSONG.
15.  Jangan terlalu memikirkan KRITIKAN ORANG, asalkan kita tahu kebenaran.
16.  Ingat! Keadaan boleh berubah bila-bila masa, jadi sentiasa bersedia dan redha.
17.  Berkawanlah dengan orang-orang yang baik, berilmu, bersopan, dan berjaya, InsyaAllah beroleh keberkatan dan kekuatan…

18.  Jangan buang masa CEMBURU pada kelebihan orang lain kerana apa yang kita ada, adalah yang terbaik! (Allah yang maha mengetahui dan maha memberi)
19.  JANGAN MALAS atau TAMAK, kuatkan semangat untuk bekerja dan yakinlah pada bakat dan kekuatan diri.
20.  Jangan menyumpah, tapi selalulah bersyukur…
21.  Amalkan sedekah dalam apa juga yang kita mampu, tenaga, masa, dan harta.
22.  Ingat, apa-apa yang kita perolehi bukan hasil usaha sendiri tetapi atas keperitan orang lain adalah tidak bernilai.
23.  Lakukan semua kebaikan kerana Allah, Usaha tanpa tawakkal adalah sombong, Tawakkal tanpa usaha, adalah angan-angan kosong!