Welcome to Training and Coaching Blog

I have choosen some articles from various places with the name of its author intact. The information given in each write-ups are found to be very helpful in my line of training and as a training provider. I sincerely hope, they would be of help to all of this blog visitors as well. Your kind comment is much appreciated and thank you so much for visiting... happy reading! :)

Friday, February 17, 2012

Mencari Ketenangan


Kehidupan hari ini menjadi semakin sukar dan mencengkam sehingga susah untuk kita mencari ketenangan..

Panduan mengatasi:

1.      Berjalanlah untuk 20 minit di kawasan tenang, bersih, sambil menghirup udara segar dan sambil tersenyum menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.

2.      Tidur yang cukup, sebaiknya tidur dalam lingkungan pukul 10-11 malam dan bangun pada pukul 5-6 pagi. Tidur sebanyak 6-7 jam sudah mencukupi dan sebaiknya membaca doa-doa sebelum melelapkan mata.

3.      Selalulah mengunjungi majlis-majlis ilmu sama ada di masjid, surau, atau perkumpulan usrah. Di situ pasti mendapat ketenangan disamping ilmu.

4.      Lakukan hobi yang menceriakan seperti berkebun, memasak, menyulam, menulis blog, mengarang artikel atau novel, dan berbagai kegemaran yang bermanafaat.

5.      Selalu mencari info-info baru dan mempelajari ilmu baru yang lebih menarik!

6.      Luangkan lebih masa bersama anak-anak seperti membaca bersama kerana pengalaman bersama mereka selalunya indah dan menenangkan…

7.      Jangan cepat berputus-asa.
8.      Cuba menggembirakan orang yang disayangi disekeliling kita terutama keluarga.

9.      Berazamlah untuk melakukan sesuatu yang baik, dan cuba bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya.
10.  Lupakan kepahitan masa lalu, tetapi tidak kesilapan, kerana pelajaran yang paling berkesan adalah dari kesilapan silam.
11.  Akui kesilapan sendiri namun JANGAN KECEWA melampau!
12.  Buangkan perasaan persaingan yang melampau, dan cuba bersyukur dengan kebolehan serta bakat yang anda punyai.
13.  Biasakan untuk memaafkan, walaupun kepada musuh.
14.  JANGAN BUANG MASA mengkritik dan BERSEMBANG KOSONG.
15.  Jangan terlalu memikirkan KRITIKAN ORANG, asalkan kita tahu kebenaran.
16.  Ingat! Keadaan boleh berubah bila-bila masa, jadi sentiasa bersedia dan redha.
17.  Berkawanlah dengan orang-orang yang baik, berilmu, bersopan, dan berjaya, InsyaAllah beroleh keberkatan dan kekuatan…

18.  Jangan buang masa CEMBURU pada kelebihan orang lain kerana apa yang kita ada, adalah yang terbaik! (Allah yang maha mengetahui dan maha memberi)
19.  JANGAN MALAS atau TAMAK, kuatkan semangat untuk bekerja dan yakinlah pada bakat dan kekuatan diri.
20.  Jangan menyumpah, tapi selalulah bersyukur…
21.  Amalkan sedekah dalam apa juga yang kita mampu, tenaga, masa, dan harta.
22.  Ingat, apa-apa yang kita perolehi bukan hasil usaha sendiri tetapi atas keperitan orang lain adalah tidak bernilai.
23.  Lakukan semua kebaikan kerana Allah, Usaha tanpa tawakkal adalah sombong, Tawakkal tanpa usaha, adalah angan-angan kosong!


No comments:

Post a Comment